Latihan Industri yang diadakan oleh pihak Politeknik merupakan satu langkah yang bijak memupuk semangat dan melatih para pelajar dalam bidang yang diceburi. Berpandukan kepada Objektif Program Latihan Industri memang mempunyai kebaikan yang lebih daripada keburukkannya.
Dalam pemerhatian saya sepanjang menjalani Latihan Industri di syarikat ini, saya telah menyenaraikan beberapa komen dan cadangan mengenai syarikat ini. Pendapat ini adalah ikhlas dari pemerhatian saya selama 4 bulan menjalani latihan industri dan saya ingin memberikan komen yang membina supaya pihak syarikat dapat meningkatkan lagi kualitinya dari semua aspek.
KOMEN
CADANGAN
Dalam pemerhatian saya sepanjang menjalani Latihan Industri di syarikat ini, saya telah menyenaraikan beberapa komen dan cadangan mengenai syarikat ini. Pendapat ini adalah ikhlas dari pemerhatian saya selama 4 bulan menjalani latihan industri dan saya ingin memberikan komen yang membina supaya pihak syarikat dapat meningkatkan lagi kualitinya dari semua aspek.
KOMEN
- STESEN-STESEN JANAKUASA ELEKTRIK SUNGAI PERAK
- Eksekutif latihan SSJ Sungai Perak hendaklah menyediakan sebuah program yang lebih dalam penggunaan peralatan dalam stesen janaelektrik. Program yang berbentuk teori kepada para pelatih bagi memudahkan pelatih mempratikkannya pada suatu pekerjaan. Ia amat penting kepada pelatih dalam penggunaannya dan secara teknikal dalam bekerja.
- Sepanjang latihan, bahagian latihan telah meletakkan pelatih mengikut bahagian masing-masing. Dengan itu, penerangan yang terperinci amat penting bagi pelatih supaya mudah faham dan menghilangkan kekeliruan yang ada. Namun pihak bahagian latihan industri SSJ Sg.Perak telah memberi taklimat yang padat mengenai stesen dan juga keselamatan. Pihak SSJ Sg.Perak amat mementingkan keselamatan para pekerja dan juga pelatih bagi mengelakkan kecederaan atau kemalangan yang tidak diingini berlaku.
- Eksekutif latihan juga meletakkan para pelatih mengikut bidang masing-masing dengan teratur agar pelatih tidak bersangkutan dengan kerja yang dilakukan. Pihak SSJ Sg.Perak juga telah memberi nasihat kepada para pelatih supaya berhati-hati dan bersiap sedia dengan kerja yang diberikan yang melibatkan fizikal dan mental mungkin diluar jangkaan pelatih.
- Ia telah menjadi peranan saya untuk turut serta memberikan sumbagan kepada syarikat. Selain daripada tenaga kerja, buah fikiran untuk terus memajukan syarikat adalah antara perkara yang mampu saya sumbangkan secara langsung atau secara tidak langsung. Malah fizikal dan mentaliti seorang pelatih amat penting dan ia juga perlu diterapkan kembali untuk menjadi lebih bertanggungjawab terhadap kerja yang diberikan.
- Pelatih juga mesti berusaha untuk terus mempelajari sesuatu yang baru kerana seiring dengan peningkatan teknologi dan juga penggunaan mesin yang berteknologi. Seterusnya pelatih itu dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti diri dan juga syarikat.
- Maklumat dan info yang telah diberikan kepada pelatih yang di sampaikan oleh pensyarah di politeknik, hendaklah disertakan untuk dipraktikkan kepada kerja-kerja di kawasan perindutrian atau syarikat. Pihak politeknik haruslah menerangkan pelajar tentang situasi keadaan dalam alam pekerjaan sebelum pelajar berkenaan mengikuti latihan industri supaya pelajar berkenaan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di alam pekerjaan yang sebenar dan tidak teragak-agak untuk mencuba atau melaksanakan tugasan yang diberikan.
- Selain itu, pelajar juga digesa supaya menjaga tatasusila dan nama baik syarikat atau firma agar tidak tercemar daripada segala peraturan dan arahan perlu dipatuhi dan menjaga segala amanah syarikat yang sulit agar tidak bocor.
CADANGAN
- CADANGAN KEPADA PELAJAR
- Pelajar hendaklah sentiasa mengambil peluang yang ada untuk mengaut pengetahuan di samping pengalaman bekerja mengikut bidang pekerjaan. Berdasarkan pengalaman yang ada dapat mematangkan pelajar malah ia amat berguna untuk berada di alam pekerjaan pada masa yang akan datang. Oleh itu, pelajar perlu sentiasa mencari peluang untuk menonjolkan diri dalam cara bekerja. Malah, ia juga menjadi suatu peluang untuk pelajar, bagi pihak syarikat akan menilai prestasi pelajar bekerja sepanjang latihan industri dan mungkin akan mengambil pelajar sebagai pekerja syarikat apabila tamat pengajian.
- Kebijaksaan pelajar juga penting untuk ditonjolkan dalam latihan industri. Oleh itu, pelajar perlu mengetahui setiap perkara yang ada untuk dipelajari sama ada secara tidak langsung atau secara langsung. Amalan bertanya kepada pekerja syarikat dapat mendapat pengetahuan malah memahirkan diri cara berkomunikasi dengan pekerja syarikat. Amalan ini merupakan satu bonus bagi pelajar untuk menambahkan pengalaman yang ada.
- Pelajar juga dapat membaiki kelemahan diri dalam sudut bekerja dengan menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang mementingkan dalam kehidupan. Latihan industri juga memberi peluang kepada pelajar menguji kemampuan sendiri menghadapi suasana bekerja yang baik. Pelajar sendiri hendak bersedia segala fizikal dan mentaliti agar tidak kekok melakukan pekerjaan dan sentiasa bersiap sedia kemungkinan ketika bekerja.
- Bagi syarikat pula, unit bahagian latihan perlu bertanggungjawab dengan memberi taklimat mengenai kawasan bekerja dengan lebih mendalam. Malah, memastikan keselamatan yang penting bagi mengelakkan kecedaaraan dan kemalangan yang serius yang berlaku. Unit bahagian latihan juga bertanggungjawab memastikan jadual pelajar sepanjang latihan industri nampak teratur dan kemas. Malah, syarikat perlu menekan para pelajar tentang mendisplinkan diri dalam bekerja supaya suatu pekerjaan dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan malah mengelakkan pihak syarikat memberikan tanggapan negatif pada politeknik.