Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian bagi Allah SWT selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad SAW, para keluarga dan sahabatnya.
Alhamdulillah, saya Nur ‘Izzul ‘Azima binti Che Azahri bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya akhirnya berjaya menamatkan sesi Latihan Industri yang saya jalankan selama hampir 4 bulan setengah seperti yang dikehendaki oleh pihak Politeknik Balik Pulau serta menyiapkan penulisan laporan ini. Dalam penghasilan laporan ini, saya menerima banyak tunjuk ajar dan nasihat yang telah diberikan oleh pekerja disini secara langsung atau tidak langsung. Dengan bantuan yang diperolehi, dapatlah saya menyiapkan laporan ini dengan sebaik mungkin mengikut kehendak pihak politeknik bagi memenuhi salah satu syarat-syarat untuk mendapatkan sijil Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Sepanjang saya menjalani Latihan Industri di Stesen-stesen janaelektrik Sg.Perak, bahagian SCADA & IS, saya telah didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya telah perolehi dalam tempoh 20 minggu berada stesen Bersia. Jikalau di Politeknik Balik Pulau, saya lebih banyak terdedah kepada pengetahuan dalam bentuk teori dan amali hanya di dalam bilik kuliah sahaja tetapi di stesen-stesen janaelektrik sg.perak, disamping menambah ilmu didalam bentuk teori, saya turut terdedah kepada bentuk praktikal di mana saya dapat mempraktikkan segala pengetahuan yang saya ada.
Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada General Manager stesen-stesen janaelektrik sg.perak Tuan Haji Mazlan bin Mohd Som kerana sudi menerima saya menjalani Latihan Industri di Stesen Janaelektrik Sg.Perak ini. Tidak lupa kepada penyelia saya iaitu Encik Thilesh, Foreman Encik Che Wan Mohd Shamsul bahari Bin Wan Omar dan Technician Encik Yogeswaran serta staf-staf di bahagian SCADA & IS yang banyak memberi nasihat dan kata-kata perangsang serta tunjuk ajar dan ilmu yang telah dikongsikan kepada saya. Dengan pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang tempoh ini dapat memberi pengalaman kepada saya untuk mengenali dunia pekerjaan yang sebenar.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah di Politeknik Balik Pulau terutamanya kepada para pensyarah di Unit Perhubungan Dan Latihan Industri kerana telah memberi kelonggaran kepada pelatih untuk mencari sendiri tempat untuk melakukan latihan industri. Begitu juga dengan nasihat dan tunjuk ajar dengan mengadakan sesi taklimat untuk menjalani Latihan Industri dan kaedah penyediaan untuk menyiapakn sebuah buku laporan Latihan Industri yang lengkap dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Tanpa kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, saya tidak mungkin dapat menyiapkan laporan industri saya ini.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan laporan saya ini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya.