FORMAT
PENGENALAN
Secara teknikal, Format adalah operasi memadam maklumat dari media storan maklumat. Ianya sering dilakukan ke atas cakera keras (HDD), namun boleh juga dilakukan ke atas cakera liut (FDD) dan sebarang jenis media storan elektronik seperti Thumbdrive, Kad ingatan(Memory Card) yang dipasang ke dalam alat elektronik konsumer seperti telefon bimbit, kamera digital, pemain MP3/MP4 dan lain-lain.
Install sering dimaksudkan sebagai memasang persianatau sistem operasi ke dalam media storan tadi. Install sering digunakan kepada HDD yang telah diformat. HDD sedemikian sering dipasangkan dengan perisian sistem operasi seperti Windows bagi membolehkan komputer dihidupkan dan digunakan.
Format dan install perlu dilakukan setiap kali komputer baru hendak dipasang. Format dan install juga kerap dilakukan apabila komputer rosak disebabkan oleh virus, spyware atau masalah lain.
SPESIFIKASI / JENIS PERALATAN YANG DIGUNAKAN
PROSES KERJA YANG DILAKUKAN

- Komputer
- CD windows 7
PROSES KERJA YANG DILAKUKAN
- Hidupkan komputer dan masukkan CD Windows 7. Pastikan boot sequence ditetapkan kepada CD.
- Jika keluar skrin hitam dengan mesej "Press any key to boot from CD or DVD...", tekan mana-mana kekunci pada papan kekunci.
Rajah 1 : Press any key to boot from CD or DVD
Rajah 2 : windows is loading files...
Rajah 3 : Starting window
3. Tetingkap "Install Windows" keluar. Tekan 'Next'
Rajah 4 : Pilih bahasa
4. Tekan butang "Install now"
Rajah 5 : Install now
5. Pilih edisi Windows 7 dengan 'x86' di ruangan 'Architecture' dan tekan 'Next'.
Rajah 6 : Install window
6. Tandakan pada kotak "I accept the license terms" dan tekan 'Next'.
Rajah 7 : Install windows
7. Tekan pada pilihan "Custom (advanced)".
Rajah 8 : Install windows
8. Pilih partition dan tekan 'Next'.
Rajah 9 : Membuat partition
9. Windows akan memulakan pemasangan, tunggu sehingga proses ini selesai dan komputer akan restart dengan sendiri.
Rajah 10 : Memulakan pemasangan windows.
Rajah 11 : Windows restart
10. Jika skrin hitam dengan mesej "Press any key to boot from CD or DVD..." keluar lagi, jangan tekan apa-apa dan biarkan sahaja.
Rajah 12 : Press any key to reboot
Rajah 13 : Starting windows
Windows akan restart lagi sekali dengan sendirinya. Hanya perlu menunggu sehingga semua proses pemasangan selesai.
Rajah 14 : Installing windows
Rajah 15 : setup preparing first use
11. Tetingkap "Set Up Windows" keluar. Taipkan nama pada ruangan "user name" dan tekan 'Next'.
Rajah 16 : Masukkan username
12. Taipkan kata laluan bagi komputer serta klu bagi kata laluan tersebut dan tekan 'Next'.
Rajah 17 : Masukkan kata laluan
13. Masukkan nombor produk yang disediakan bersama CD Windows 7.
Nota : Langkah ini boleh ditinggalkan terlebih dahulu. Pastikan menggosongkan kotak "Automatically active Windows when I'm online" jika menangguhkan langkah ini.
Nota : Langkah ini boleh ditinggalkan terlebih dahulu. Pastikan menggosongkan kotak "Automatically active Windows when I'm online" jika menangguhkan langkah ini.
Rajah 18 : Masukkan produk key
14. Tetingkap "Set Up Windows" keluar. Tekan pada mana-mana pilihan.
Rajah 19 : Setup windows
15. Pada bahagian "Time zone", pilih "(UTC +08:00) Kuala Lumpur, Singapore" dan tekan 'Next'.
Rajah 20 : Set Tarikh dan Masa
16. Sekiranya disambungkan kepada Internet, skrin berikut akan keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda.
Rajah 21 : Set up Windows
17. Kini, Windows 7 sudah dipasang dan siap sedia untuk digunakan.
Selepas siap memasang Windows 7, terdapat beberapa perisian yang asas yang diperlukan untuk urusan harian. Antaranya ialah :
- Antivirus Avira untuk melindungi komputer anda. Ingat, hanya install satu antivirus sahaja pada satu masa, jadi jika anda sudah ada antivirus yang lain dalam komputer, buang ia terlebi dahulu sebelum memasang Avira.
- 7-Zip untuk membuka fail-fail jenis .zip, .rar, .7z dan banyak lagi.
- Flash player untuk memainkan YouTube dan segala jenis video Flash di Internet.
- Adobe reader untuk mmebuka fail PDF.
KOMEN DAN CADANGAN
- Setiap windows mempunyai ciri-ciri dan cara-cara memformat yang berbeza tetapi ia dapat menyenangkan segala urusan.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, saya mendapatinahawa memformat windows 7 yang digunakan ini banyak memberi manfaat kepada kakitangan TNB iaitu memudahkan kerja seharian mereka.