Latihan Industri sebenarnya bukanlah sekadar syarat untuk mendapat penganugerahan diploma dari politeknik malah ia merupakan satu peluang keemasan bagi pelajar mempraktikan teori yang dipelajari sekaligus dapat menunjukkan kebolehan dan bakat masing-masing kepada majikan dan organisasi mengenai kemampuan yang ada pada diri mereka yang selama ini tidak pernah berpeluang untuk ditunjukkan semasa di Politeknik. Sebagai contoh seseorang pelajar mampu memberikan idea-idea dan usul yang bernas dan realistik setanding atau mungkin lebih berkaliber dan membantu bagi memantapkan lagi operasi organisasi.
Selain daripada memikul tanggungjawab yang diberikan oleh majikan semasa menjalani latihan industri, para pelajar juga memikul satu lagi tanggungjawab iaitu tanggungjawab dalam menjaga maruah dan nama baik politeknik masing-masing dengan menonjolkan diri sebagai seorang pelajar yang berdedikasi dan berkualiti dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan sempurna, cepat dan tepat. Sehubungan dengan itu, para pelajar juga dapat mempelajari cara-cara untuk berinteraksi atau berkomunikasi dengan setiap kakitangan syarikat dan pelanggan dalam usaha untuk memajukan syarikat dan untuk mempertingkatkan kemajuan diri sendiri. Melalui latihan industri ini juga, para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan alam persekitaran dan budaya pekerjaan yang wujud di dalam sesebuah syarikat tersebut. Disamping itu, kita juga dapat melihat tingkahlaku dan cara kerja setiap kakitangan yang positif dan negatif dalam melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu tugas yang diamanahkan kepada mereka.
Justeru itu, latihan industri ini bukanlah diwujudkan semata-mata untuk memenuhi syarat-syarat untuk lulus bagi mendapatkan sekeping sijil atau diploma, bahkan ianya juga dapat digunakan dalam melahirkan seseorang pelajar yang amat berkualiti, efisyen dan memenuhi keperluan industri serta berguna kepada masyarakat dan negara kelak.
Kesimpulan yang dapat ditakrifkan tentang kepentingan Latihan Industri adalah :

- Untuk membina dan memantapkan diri pelajar supaya lebih yakin untuk menghadapi sebarang tugas dan dugaan yang dihadapi di alam pekerjaan.
- Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik antara pekerja dan kakitangan sesebuah organisasi.
- Mendedahkan pelajar kea lam pekerjaan yang sebenar.
- Agar pelajar tidak menghadi sebarang kesukaran atau kekok apabila mula bekerja kelak.
- Mengamalkan dan mematuhi peraturan keselamatan dalam industry.
- Mengaitkan teori kepada praktis dan sebagainya.
- Membina keyakinan diri.
- Memupuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan.
- Menyediakan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan.