Secara keseluruhan, program Latihan Industri ini banyak memberi pengetahuan dan pengalaman kepada saya untuk mempraktikkan teori yang telah dipelajari semasa kuliah di politeknik. Disamping itu juga, ia memberi persediaan kepada saya mengenai bidang kerja yang akan dilalui oleh saya nanti. Pendedahan cara kerja, cara berkomunikasi dengan pihak yang berkaitan, prosedur tertentu serta teori sesuatu alat serta penggunaannya dapat saya pelajari disini. Dengan bertugas di Stesen-stesen janaelektrik Sg.perak, saya telah mempelajari cara-cara bagaimana pengurusan pejabat dijalankan, pengurusan stor dan sebagainya.
Disini ingin saya nyatakan bahawa organisasi atau pengurusan syarikat Tenaga Nasional Berhad disini amat teratur dan efektif termasuklah bidang pengurusan di semua peringkat. Golongan professional seperti juru teknik yang mempunyai pengalaman yang luas dan kemahiran merupakan golongan yang paling penting dalam memikul tanggungjawab yang besar bagi membaiki mesin yang rosak tepat pada waktunya
Dalam menjalankan sebarang aktiviti atau kerja, pengetahuan sepenuhnya tentang keselamatan dan suasana pekerjaan amatlah penting bagi mengelakkan atau menghindarkan diri dari sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Contohnya, kerja-kerja yang melibatkan tenaga kerja yang ramai.
Disini dapat disimpulkan bahawa pendedahan latihan industri memberi satu pengalaman baru mengenai alam pekerjaan yang sebenar pada masa akan datang dan objektif Latihan Industri yang digariskan dapat dicapai sepenuhnya. Pendek kata, pendedahan Latihan Industri memberikan satu peluang lebih awal untuk saya menggunakan dan mempraktikkan pengetahuan serta pertimbangan sendiri dalam menjalankan tugas disamping membolehkan saya melibatkan diri secara langsung dalam pelbagai aspek seperti mampu melakukan sesuatu kerja dengan sendiri melalui pengalaman yang dipelajari semasa menjalani Latihan Industri.
Disamping menjalankan latihan amali, saya amat memahami cara kerja yang akan dilakukan, contohnya prosedur peralatan dan penggunaanya yang merupakan langkah keselamatan yang sepenuhnya bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Secara amnya, saya dapat menerapkan disiplin dan kualiti kerja serta komitmen untuk melakukan sesuatu kerja dengan cara yang terbaik.
Pergaulan dan komunikasi di syarikat tidak kira semasa bekerja ataupun semasa penerangan memberi saya banyak pengetahuan. Sikap ambil berat, tolong menolong dan saling menasihati adalah tanggungjawab bersama yang mampu menyemai perasaan setia kawan yang erat dan kukuh. Hubungan saya dan pekerja syarikat juga amat baik sedang sentiasa diberi nasihat dan pengalaman yang boleh digunakan dimasa hadapan.
Adalah diharapkan agar pendedahan Latihan Industri ini dapat mencapai matlamat dan objektif Politeknik Balik Pulau khususnya dan amnya kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjalankan kerja kursus yang julung kali ini.
InsyaAllah.