Latihan industri merupakan salah satu syarat wajib yang perlu dilalui oleh setiap pelajar Politeknik seluruh Malaysia sebelum diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik. Tempoh Latihan Industri Politeknik adalah selama satu semester iaitu 20 minggu. Sepanjang tempoh tersebut para pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan serta pengalaman dan kemahiran daripada pelbagai bentuk kerja yang dilakukan. Para pelajar juga dapat mengaplikasikan segala teori yang telah dipelajari kepada bentuk praktikal. Di samping itu, ia bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaitkan teori-teori yang dipelajari semasa berada di Politeknik dengan cara kerja yang sebenar. Ia juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi di samping menyemai semangat kerja dengan produktif dan perhubungan yang baik sesame pekerja.
Para pelajar juga berpeluang untuk menggunakan segala ilmu pengetahuan ataupun teori yang berkaitan dengan kursus yang diambil ketika berada di politeknik semasa menjalankan Latihan Industri dan memberi peluang kepada para pelajar untuk menggunakan buah fikiran yang kreatif untuk kebaikan firma dan secara tidak langsung untuk kebaikan diri sendiri. Dengan itu, pengalaman yang telah ada ini mungkin dapat membantu para pelajar untuk pembelajaran pada semester berikutnya dan alam pekerjaan yang sebenar. Para pelajar juga dapat didedahkan kepada cara-cara untuk berkomunikasi dengan baik, meluaskan pergaulan sesama rakan tempat kerja dan orang sekeliling, memupuk semangat kerja berpasukan yang tinggi dan hubungan baik dengan pekerja industri di mana ini sekali gus dapat menimbulkan rasa bertanggungjawab terhadap sesuatu amanah (kerja) serta keseimbangan serta dari segala aspek.
Di samping itu, dengan mengikuti Latihan Industri para pelajar dapat membaiki kelemahan diri sendiri untuk lebih maju dan berfikiran secara rasional di dalam menangai masalah yang mana telah diberikan oleh majikan. Semasa menjalankan Latihan Industri, para pelajar dapat menilai kebolehan mereka terhadap kerja yang diterima daripada majikan. Para pelajar dengan sendirinya dapat menanamkan semangat produktiviti terhadap cabaran serta rintangan yang bakal dihadapi.
Semoga dengan adanya Latihan Industri yang dijalankan ini mampu untuk meningkatkan pengetahuan para pelajar bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan kea rah pembangunan Negara dia masa hadapan dan juga mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan mereka mengikut kemahiran yang telah dipelajari. Kesimpulannya, objektif dalam menjalani Latihan Industri ini adalah untuk :

- Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.
- Membolehkan pelajar melihat berkaitan dia antara teori yang dipelajari dengan kerja-kerja praktikal.
- Mengamalkan dan mematuhi peraturan-peraturan keselamatan dalam industri.
- Membentuk dan mengukuhkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugas.
- Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja.
- Dapat menilai kebolehan diri sendiri untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian.
- Menimbulkan semangat jujur, amanah, berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang diberikan.